Kanak-kanak Maut Terjatuh dari Tingkat Lima Ketika cuba Ambil Gelang Getah Tersangkut
Klang: Tindakan berani seorang kanak-kanak cuba mengambil gelang getah di belebas koridor tingkat lima apartmennya membawa padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh ke tingkat bawah.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Amazing Height, Sungai Udang, di sini, semalam, mangsa berusia lapan tahun dilaporkan kritikal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.
Menurut bapa rakan mangsa, Rizman Abdullah, 38, ketika kejadian mangsa dan dua anaknya sedang bermain di koridor tingkat lima apartmen berkenaan apabila murid tahun dua itu tiba-tiba mahu mengambil gelang getah yang tersangkut di belebas koridor berkenaan.
“Dia kemudian gagal mengimbangkan badan selepas cuba bangun ketika sudah melepasi gril dapur rumah di situ sebelum terjatuh.
“Kedua-dua anak saya kemudian terus turun ke bawah untuk memaklumkan ibu mangsa yang tinggal di tingkat bawah, namun tiada sesiapa di rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.
Keluarga mangsa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian. hmetro

Post a Comment