UPSR BOCOR:Polis mengesyorkan dua orang guru didakwa dalam kes kebocoran itu
Polis mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara dua orang guru dikenakan tindakan berhubung kes kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan lalu.
Kebocoran kertas UPSR itu membabitkan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang menduduki ujian semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada akhir bulan lalu.
Sumber rapat dengan penyiasatan memberitahu The Malaysia Insider kertas siasatan tentang kebocoran itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
"Polis mengesyorkan dua orang guru didakwa dalam kes kebocoran itu," salah seorang sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini.
"Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada pihak polis dan meminta maklumat tambahan."
Sumber itu mendedahkan bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana memiliki rahsia rasmi dan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang lain.
"Jika dua orang guru itu didakwa di bawah OSA, mereka menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya satu tahun atau tidak lebih tujuh tahun," kata sumber itu.
Pada 10 September, Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan mengesahkan terdapat kebocoran pada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains UPSR.
Berikutan itu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin and Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf secara terbuka kepada pelajar dan ibu bapa yang terlibat.
Kementerian kemudiannya mengumumkan ujian semula dijadualkan pada 30 September.
Kejadian ini menimbulkan kemarahan banyak pihak dan pelbagai reaksi termasuk yang mendesak tindakan tegas diambil terhadap Lembaga Peperiksaan dan ada yang meminta murid tidak perlu menduduki ujian semula.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila pada 22 September, kementerian mengumumkan dua lagi kertas juga bocor iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.
Sejak siasatan dijalankan bermula 10 September, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan, kebanyakannya terdiri dari para guru, termasuk juga ejen insuran dan jurutera.
Tangkapan dibuat di sekitar Pulai Pinang, Perak, Kedah, Kuala Lumpur dan Terengganu. – 27 Oktober, 2014.
-themalaysianinsider

Post a Comment