Bayi Warga Australia Lahir Di Atas Pesawat MH135 Akhirnya Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Bayi kepada
wanita Australia yang telah bersalin di atas pesawat Malaysian Airlines MH135,
meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital, laporThe Sydney Morning
Herald.
Pesawat itu terpaksa membuat
pendaratan cemas di Bali untuk membolehkan wanita tersebut dikejarkan ke
hospital.
Dr
Primawati
Memetik laporan Detik News,
doktor dari Rumah Sakit Kasih Ibu Kedonganan,Bali, Dr Primawati berkata, bayi
itu berumur kira-kira 22 hingga 23 minggu dengan berat 500 gram.
Samuel Priscilla Jeyanthi,
27, yang terbang bersama empat anggota keluarganya itu dikatakan mengalami
kontraksi ketika berada di dalam pesawat dan melahirkan bayi tersebut sebaik
tiba di hospital berkenaan.
“Kami hanya melakukan
pembersihan rahim di bawah pengaruh ubat bius sebab uri masih tertinggal di
dalam perutnya.
“Berdasarkan pemeriksaan,
usia kehamilan Priscilla cukup muda dan boleh dikatakan pramatang. Sebab
normalnya bayi seberat 2,500 gram dan usia kehamilannya 37 minggu,” katanya.
Namun, menurut Dr Primawati,
beliau tidak dapat mengesahkan kematian itu berpunca daripada tekanan
penerbangan atau bukan.
Jumaat lalu, sebuah pesawat
MAS terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah
Rai, Bali kerana salah seorang penumpangnya hampir bersalin.
MH135 yang dalam perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Brisbane terpaksa membuat pendaratan cemas selepas wanita
itu mengalami kontraksi.
Pesawat berkenaan membawa 178
penumpang dan anak kapal mendarat jam 2.10 petang (12.10 petang waktu tempatan)
dan sejurus mendarat wanita itu terus dikejarkan ke hospital.
MH135 berlepas semula ke
Brisbane jam 4.14 petang (2.14 petang waktu tempatan).

Post a Comment