KANAK-KANAK 8 TAHUN SUDAH JANA RM 4.2 JUTA DI YOUTUBE
Lebih mengagumkan, saluran YouTube Evan mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.
Menurut laporan Newsweek.com, angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.
Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan ulasan itu.Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.
Projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.
Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak. Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.
Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.
Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming. :-MYNEWSHUB.CC

Post a Comment