Kenyataan NUTP import guru Bahasa Inggeris India mengarut

A. Sivanesan
A. Sivanesan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, A. Sivanesan mengecam kenyataan Presiden Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan bahawa tindakan kerajaan merekrut guru bahasa Inggeris dari India sebagai idea tidak baik.
Peguam buruh turut kesal dan menganggap dakwaan Hashim sebagai tidak profesional.
Katanya, idea mendapatkan khidmat pengajar bahasa Inggeris dari India telah diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat lawatan kerja ke New Delhi, India pada tahun 2012.
Dakwa Sivanesan, alasan Hashim yang mendakwa guru Bahasa Inggeris dari India merupakan tenaga pengajar luar negara yang tidak mempunyai persamaan daripada aspek loghat dan budaya tempatan di Malaysia sehingga boleh menjejaskan anak tempatan adalah mengarut.
"Saya terkejut dengan kenyataan sebegitu daripada Hashim. Dia sebagai Presiden seharusnya membantu menyumbang idea kepada kerajaan untuk menaikkan kualiti pengajaran Inggeris bukannya menentang idea itu.
"Berdasarkan apa kamu boleh mengatakan loghat dan budaya India dan tempatan berbeza, kita kena ingat Malaysia terdiri daripada dua juta warga tempatan berbangsa India yang budayanya dikenali tempatan.
"Selain itu, loghat guru bahasa Inggeris India dan Malaysia sama dengan loghat inggeris British sebagai negara Komanwel berbanding Amerika Syarikat ternyata jauh perbezaan loghatnya.
"Lagi pun India juga negara Asia dan adalah dialu-alukan jika kerajaan boleh mendapatkan khidmat guru Bahasa Inggeris dari India dan Singapura yang tahap penguasaannya jauh lebih bagus," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi DAP Perak itu juga mahu kerajaan mengamalkan dasar dan polisi pendidikan yang berdaya maju dan konsisten dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Justeru katanya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara serta subjek wajib lulus peperiksaan awam, keutamaan yang sama harus diberikan kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi memartabatkan penguasaan dan tahap pencapaian di peringkat global.
Selain itu Sivanesan berkata, semua pihak perlu akur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar menurun secara drastik dan ia diakui sendiri oleh kerajaan.
Malah ujar beliau, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad mencadangkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebelum ia ditukar kepada Bahasa Melayu dan jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk polisi pendidikan bagi menaikkan kualiti Inggeris.
"Kita harus faham bahawa dengan memulakan teknik pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam satu malam tidak boleh meningkatkan kualitinya kerana ia melibatkan satu proses jangka masa panjang dari segi pelaksanaannya.
"Sekadar menerapkan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris kedua-dua subjek tidak cukup, seluruh polisi pendidikan perlu dikaji dan dilaksana dengan cara konsisten.
"Biar sistem polisi pendidikan termasuk Bahasa Inggeris ini diserahkan kepada pakar akademik dan para profesor untuk menggubal dan menetapkan pelan terbaik dan jangan ada campur tangan politik" tegas beliau. - MalaysiaGazette

No comments