UKM ANTARA UNIVERSITI 'MUDA' RANKING TERBAIK DUNIA, DIMANA USM SOAL ZARIL

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam barisan 50 universiti terhebat dunia berusia bawah 50 tahun, menurut kaji selidik terkini Quacquarelli Symonds (QS).
Bagaimanapun, UKM jatuh satu anak tangga di tempat ke-20, menurut ranking QS tahun lalu. QS adalah kumpulan pengkaji yang membuat kaji selidik dan memberi penarafan susunan kepada universiti tempatan dan antarabangsa.
UKM yang ditubuhkan pada 1970 adalah universiti Malaysia kedua terbaik selepas Universiti Malaya.
Dalam maklum balas awalnya, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari (gambar) berkata, amat memalukan apabila universiti “muda” lain di Malaysia tidak mampu mencapai senarai 50 teratas.
“Tahniah kepada UKM kerana berjaya menjadi antara 50 universiti dalam kajian QS. Namun, memalukan apabila universiti lain tidak mencapai kejayaan sama, walaupun hakikatnya semua universiti kita, kecuali UM sebenarnya layak,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Universiti Malaya (UM) tidak termasuk dalam senarai 50 teratas bawah 50 tahun kerana ia ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.
Dalam ranking Universiti Dunia, UKM berada di tangga ke-259, naik 10 tempat daripada kedudukan tahun lalu. UM pada masa ini di tangga 151.
Zairil, wakil rakyat daripada DAP yang sentiasa lantang menyuarakan isu pendidikan berkata, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak tersenarai dalam bawah 50 walaupun ia dianugerahkan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pada 2008 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada ketika itu.
“Ini adalah pelaburan yang lebih tinggi dan fokus lebih besar menjadikan USM universiti bertaraf dunia, yang menjadi salah satu sasaran sebagai Universiti Apex.
“Malangnya, ranking USM dalam QS tidak pernah menunjukkan peningkatan,” katanya.
USM berada pada kedudukan 307 di dunia – sebelum ia menerima status Apex. Selepas kejatuhan di tangga 355 pada 2013, ranking USM meningkat dalam senarai tahun ini di tempat 309.
“Dalam kata lain, walaupun berbilion ringgit dilaburkan sepanjang 6 tahun lalu, USM sebenarnya turun dua kedudukan daripada 307 ke 309 sejak 2008,” katanya.
Lima tempat tertinggi dalam senarai 50 universiti terbaik di bawah 50 tahun didominasi universiti Asia dengan Nanyang Technological University Singapura di tempat pertama, naik daripada kedudukan kedua tahun lalu.
Universiti lain ialah Hong Kong University of Science and Technology, Korea Advanced Institute of Science and Technology, Pohang University of Science and Technology di Korea dan City University of Hong Kong.
Senarai ranking universiti bawah 50 tahun diperkenalkan sejak 1965 mengikut kedudukan mereka dalam Ranking Universiti Dunia QS 2014/2015 yang menyenaraikan 800 universiti terbaik dunia.
Dalam kenyataan medianya, ketua pengkaji QS Ben Sowter berkata: “Ciri dinamik dalam ranking ini menjadikan ia perbandingan menarik antara ranking dunia dan tempatan. Dengan memfokuskan kepada pencapaian institusi muda ini, senarai itu mensasarkan untuk mengesan pusat pendidikan tinggi berpotensi di arena antarabangsa.”
Senarai itu memaparkan 25 negara, dengan Australia mempunyai 10 institusi dalam senarai itu diikuti Sepanyol (5 universiti).
Sowter berkata, peningkatan produktiviti kajian menaikkan kedudukan kebanyakan universiti tetapi satu universiti Malaysia (Universiti Putra Malaysia) adalah daripada tahun lalu.
“Institusi ternama Malaysia meningkatkan markah mereka dalam produktiviti kajian tahun ini, dan menjadi paling antarabangsa di wilayah ini,” katanya.
Zairil bersetuju universiti tempatan menunjukkan banyak peningkatan dan sebenarnya mempunyai lebih potensi berbanding dengan apa yang mereka pamerkan.
Tetapi malangnya, Zairil berkata, kurang kebebasan akademik menghalang universiti tempatan untuk pergi lebih jauh.
“Keadaan ini terutama sekali kepada mereka yang belajar kursus kemanusiaan, yang mempunyai lebih ramai pelajar berbanding sains.
“Sebagai contoh, bagaimana pelajar universiti Malaysia boleh cemerlang, misalnya dalam sains politik, apabila ahli akademik dan pelajarnya sering ditahan dan dipenjarakan kerana kenyataan yang dikatakan ‘menghasut’,” katanya memetik contoh kes pensyarah undang-undang UM Profesor Dr Azmi Sharom, aktivis pelajar Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Zairil berkata, universiti Malaysia akan mula menjadi lebih baik, terutama dalam kursus kemanusiaan, jika had kebebasan akademik diangkat lebih tinggi, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), yang dikatakan menindas kebebasan meluahkan pendapat di kalangan mahasiswa. – 24 September, 2014.
-themalaysianinsider

No comments