Waspada Sebelum Anda Mengeluarkan Wang di Mesin ATM.
Kepada anda yang menggunakan mesin ATM untuk mengeluarkan wang sila berhati-hati. Polis Pahang menunjukkan bagaimana penjenayah meletakkan peranti khas yang dipasang pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang telah dikesan baru baru ini.
‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal.
Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank.
Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang

Post a Comment