Suami Baru Tiba Dari KL Maut Dilanggar Lori Kontena Ketika Bertukar Pemandu Dengan Isteri
Kuantan: EXCO Majlis Belia Malaysia Abu Qassim Nor Azmi, 28, maut selepas dilanggar lori kontena, di perhentian bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira 3 kilometer dari Plaza Tol Gambang dekat Kuantan kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa tiba dari Kuala Lumpur menuju Gambang dengan menaiki bas sebelum berhenti di perhentian bas berkenaan.
Sumber polis berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai statistik di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya kemudian mahu menaiki kereta jenis Naza Forte yang dipandu isterinya yang menunggu di kawasan sama.
"Ketika mahu menukar pemandu, datang sebuah lori kontena dari arah belakang merempuh mangsa sebelum diseret kira-kira 5 meter dari tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Tuanku Gadut, Negeri Sembilan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pemandu lori berkenaan melarikan diri sebaik kejadian terbabit namun pihak polis sudah mengenalpastinya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gambang," katanya. - metro

Post a Comment