Wajah Remaja Mangsa Samun, Ditikam dan Dicampak Ke Lombong Oleh Mat Rempit

Polis mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki sebelum di tolak kedalam lombong di Taman Tasik, Setapak di sini, malam Khamis lalu adalah disebabkan lemas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, hasil bedah siasat menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki ketika sedang duduk berbual bersama lima lagi rakannya yang lain.
“Hasil bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas, namun terdapat kesan kecederaan di belakang kepala mangsa. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati berlaku pergelutan di antara mangsa dan kumpulan penyerang sebelum mangsa terjatuh ke dalam lombong di lokasi kejadian.

Menurutnya, sehingga kini tujuh suspek berusia 15 hingga 18 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan polis masih memburu beberapa lagi suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam bersama lima lagi rakannya dipercayai diserang 20 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan besi, kayu dan topi keledar disyaki cuba menyamun mereka.

Difahamkan, rakan mangsa yang cedera dibelasah memberitahu mangsa dipercayai dirodok dengan pisau sebelum ditolak ke dalam lombong kerana terdengar jeritannya mengerang kesakitan. Al-fatihah Credit HM dan T.Times sumber

1 comment:

  1. byk anak2 zaman sekarang, sudah jauh dari agama.. kerana leka dgn dunia.. sama2lah kita jaga waris2 kita. kalau boleh, malam2, lebih baik jgn melepak.. byk benda bermunafaat yg boleh dibuat... ALFATIHAH buat mangsa.. semoga penjenayah yg terlibat, dpt di bawa kemuka pengadilan.. yg baik2 aje utk kita semua

    ReplyDelete