PENJELASAN SEBENAR MURID KRISTIAN DIPAKSA BERTUDUNG DAN SERTAI NASYID

Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menimbulkan dakwaan terdapat pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang memaksa penduduk peribumi di Pahang menganut Islam.
Tup tup hari ini timbul cerita baru lebih kurang serupa yang sebenarnya, kurang molek dan bahaya disebarkan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia jika ia tidak tepat.
Menurut portal The Malaysian Insider, satu sumber didakwa mendedahkan kegiatan menyuntik nilai-nilai Islam terhadap seorang murid Kristian. Dakwaan itu menyebut, murid berusia 12 tahun tersebut diarahkan untuk mengenakan tudung dan menyertai aktiviti kumpulan nasyid.
Bukan sekadar itu, mangsa juga kononnya dipaksa menyertai rakan-rakan Islam menunaikan solat dalam satu penganjuran kem, baru-baru ini.
“Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya,” dakwa sumber rapat dengan sekolah tersebut.
Katanya, apabila isu tersebut dibangkitkan, pihak berkuasa sekolah cuba merahsiakan perkara itu dengan berpesan kepada guru dan pelajar agar tidak menghebahkannya.
Bagaimanapun bercanggah dengan cerita daripada sumber yang dikatakan rapat dengan sekolah ini, guru besar sekolah berkenaan, Yunus Ismail berkata, murid tersebut tidak pernah dipaksa untuk memakai tudung hatta menyertai aktiviti nasyid seperti disebarkan.
Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu.”
Tambah beliau lagi, isu tersebut telah diselesaikan dua minggu lalu dan mengklasifikasikannya sebagai isu terpencil.
Ulasnya lagi, beliau sudah menemui kedua ibu bapa murid berkenaan dan isu tersebut berjaya diselesaikan dengan baik. Yunus juga membuat konklusi bahawa kisah ini disebarkan beberapa guru akibat tidak berpuas hati.
Senada dengan kenyataan dikeluarkan Yunus, ibu kepada murid berkenaan juga mengharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan.
1msia
Melihat dari satu sudut, isu seperti ini boleh menimbulkan rasa kurang senang setiap individu dalam komuniti Malaysia yang berbilang kaum juga agama.

Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun isu seperti ini sepatutnya dicegah keras daripada disebar sewenang-wenangnya tanpa fakta tepat kerana ia boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat berbilang kaum . – MYNEWSHUB.CC

No comments