UM Kurangkan Pertuduhan Terhadap Fahmi Zainol

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sebelum ini dikenakan sembilan dakwaan tatatertib kerana menganjurkan ‘Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara’ di premis UM. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2014.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sebelum ini dikenakan sembilan dakwaan tatatertib kerana menganjurkan ‘Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara’ di premis UM. – Gambar fail The Malaysian Insider

Universiti Malaya (UM) hari ini memutuskan mengurangkan pertuduhan daripada sembilan kepada lapan pertuduhan kepada mahasiswa kontroversi Fahmi Zainol kerana menganjurkan pidato umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Melalui surat‎ yang dikirimkan kepada Fahmi hari ini, UM turut memaklumkan tarikh prosiding tatatertib terbaru akan diadakan pada 9 Disember depan, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana 2, Aras 2, Blok 5, Kompleks PerdanaSiswa, UM.

"Selaras dengan subseksyen 16B (3C) Akta tersebut, anda boleh membuat representasi bertulis atau lisan dalam prosiding tatatertib terhadap anda.

Sebelum ini Fahmi dikenakan sembilan dakwaan tatatertib kerana menganjurkan "Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara" di premis UM.

Selain Fahmi, tujuh rakannya yang lain turut menerima surat daripada pentadbiran UM dengan jumlah pertuduhan berbeza.

Pada ‎7 November lalu, UM memulakan prosiding pertama tatatertib terhadap Fahmi dan kemudiannya bersetuju menangguhkannya sehingga 18 November ini.

Selain berdepan tindakan tatatertib universiti, presiden persatuan UM itu juga bakal berdepan penarikan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Lapan pertuduhan pindaan baru Fahmi yang dinyatakan dalam notis tersebut ialah;
  1. - Penganjuran pidato di kampus utama UM tanpa kebenaran naib canselor.
  2. - Menyertai pidato di kampus utama UM tanpa kebenaran naib canselor.
  3. - Merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan ‎serta nama baik universiti apabila menganjurkan pidato Anwar.
  4. - Merosakkan dan memudaratkan kententeraman dan keselamatan awam, moral dan kesopanan serta tatatertib apabila menganjurkan dan mengadakan pidato umum Anwar tanpa kebenaran naib canselor yang berlangsung di kawasan kampus utama UM.
  5. - Didapati berlakunya huru-hara, di mana pagar UM dirempuh dan dirosakkan apabila anda (Fahmi) menganjurkan pidato umum Anwar tanpa kebenaran naib canselor yang berlangsung di kawasan kampus utama UM.
  6. - Menggunakan mikrofon tanpa kebenaran naib canselor bagi maksud membuat ucapan awam dalam perhimpunan pidato umum Anwar yang berlangsung di kawasan kampus utama UM.
  7. - Gagal mengemukakan surat jawapan kepada surat tunjuk sebab atas tindakan keingkaran kepada arahan universiti bertarikh 23 Oktober.

Notis yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Prof Dr Zanariah Abdullah menyatakan sekiranya didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan Fahmi boleh dikenakan hukuman antaranya dipecat atau digantung bagi tempoh ditetapkan. - Malaysianinsider

No comments