LELAKI ARAB CERAI ISTERI SERTA MERTA SELEPAS LIHAT WAJAH ISTERINYA DI MAJLIS RESEPSI
MADINAH - Seorang lelaki di Arab Saudi yang telahpun selesai bernikah beberapa jam telah menceraikan isterinya di majlis resepsi di sebelah malamnya hanya kerana dia melihat wajah pasangannya itu tidak seperti yang disangkanya.
Menurut Daily Mail, Selasa (18/11/2014), pasangan yang identitinya enggan didedahkan media ini berasal dari wilayah barat Kota Madinah.
Pada awalnya mereka bersetuju untuk berkahwin walaupun mereka belum pernah bertemu dan melihat wajah di antara satu sama lain. Cara ini disebut taaruf memang sangat popular di Saudi.
Ketika sesi bergambar hendak dijalankan di malam resepsi tersebut, pengantin wanita telah diminta oleh jurugambar untuk membuka penutup mukanya lalu tersenyum ke arah kamera. Tapi pasangan suami yang baru dinikahinya itu menjauhkan tubuhnya seolah-olah jijik.
"Engkau bukan gadis yang hendak aku nikahi. Wajah kau tak seperti yang aku bayangkan. Maaf, tapi aku ceraikan kau," kata mempelai lelaki.
Terus pengantin tersebut pengsan di tengah-tengah kemeriahan majlis tersebut sambil hadirin dan keluarga pengantin terpinga-pinga.
Perbuatan mempelai lelaki ini mengundang kecaman pengguna media sosial. Banyak yang menyumpahinya agar menderita dan terus bujang seumur hidup.
"Dia seharusnya melihat kecantikan tingkah laku wanita itu dan bukan wajahnya. Semoga perempuan itu mendapat pasangan yang lebih baik dan Tuhan memberikan apa yang dia inginkan," ujar salah satu netizen.
Sementara netizen yang lain, Abu Nazz berkata, "Tidak ada sesiapa yang memaksanya berkahwin dengan wanita itu. Sepatutnya dia melihat wajah pasangan wanita yang hendak dinikahinya itu sebelum berkahwin dan tak perlu menunggu sehingga resepsi. " tulisnya di akaun Twitter peribadinya - kisahsekitarkita

Post a Comment