Pelajar Tingkatan Satu Maut Motorsikal Ditungganginya Rempuh Motorsikal Lain

KUALA LUMPUR 18 Nov. – “Kami jarang meraikan hari jadi namun minggu lepas saya terbuka hati untuk menyambut hari jadi anak kelima saya dan tidak sangka pula itulah sambutan terakhir buat Abang Chik.”

Begitu luah bapa kepada Mohd. Nasharuddin, 13, iaitu pelajar yang maut dalam kemalangan jalan raya di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, semalam.

Abdul Razak Razali, 50-an, berkata, sambutan hari lahir itu merupakan antara kenangan terakhir mereka sekeluarga bersama Mohd. Nasharuddin atau lebih mesra dipanggil Abang Chik.

“Kami dah lama tidak keluar makan di luar dan minggu lalu saya mengajak ahli keluarga dan secara kebetulan hari lahir arwah jatuh pada 7 November lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mohd. Nasharuddin yang juga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Kajang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dikatakan merempuh sebuah lagi motosikal yang tiba-tiba keluar dari sebatang lorong di situ.

Mangsa dikatakan sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang turut menunggang sebuah lagi motosikal.

Akibat rempuhan itu, anak kelima dari sembilan beradik berkenaan dikatakan tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Mangsa yang dirempuh turut mengalami kecederaan manakala rakannya dikatakan melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Abdul Razak berkata, dia menerima panggilan di tempat kerja daripada isterinya yang memberitahu, Mohd. Nasharuddin terlibat dalam kemalangan.

“Dari tempat kerja, saya terus ke lokasi kejadian dan melihat Abang Chik terbaring kaku. Hati saya ketika itu mengharapkan dia akan sedar kerana seorang pegawai perubatan sedang memeriksanya.

“Namun takdir mengatasi segala-gala apabila dia dijemput Ilahi dan saya redha dengan ketentuan itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments