Arak Halal Dipasarkan Untuk Pasaran Muslim Di Eropah

Sebagai umat islam pasti kita akan tertanya-tanya adakah apa yang dinyatakan ini memang berlaku dan adakah ia halal seperti yang diwar-warkan. kami di sini sekadar berkongsi dan telah merujuk perkara ini kepada yang lebih arif  dan akan disiarkan jawapannya nanti.

Minuman ini sudah wujud dan sememangnya sudah di pasarkan di beberapa negara sekitar eropah. Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan peroduk tersebut ialah Syarikat ArKay Beverages yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Syarikat ArKay Beverages sememangnya sebuah syarikat yang mengeluarkan minuman keras tetapi mereka telah mencuba pasaran baru untuk produk mereka dengan menghasilkan produk 'Arak Halal' ini untuk pasaran muslim di seluruh eropah.

Produk minuman yang dilancarkan dikatakan tidak mengandungi alkohol ataupun memabukkan dan di dakwa telah mendapat sijil pengesahan halal untuk penganut Islam dan masih menunggu pengesahan sijil Kosher untuk penganut agama Yahudi.

Memetik laporan Astro Awani,  Presiden ArKay, Sylvie Grattagliano memaklumkan wiski, vodka dan Brandy ini halal akan dijual di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis pada tahun hadapan.

Selain vodka, brandy dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis gin, amaretto dan blue curacao dan telah berjaya menarik minat ramai orang untuk mencuba termasuk orang islam sendiri dan ibu mengandung yang tidak boleh minum alkohol.

Sebelum ini di Malaysia sendiri telah menjadi isu di mana minuman Barbican menjadi isu hangat kerana didakwa mengandungi sedikit alkohol dan juga minuman Malta dan Nutri Malt keluaran syarikat arak terkenal Carlsberg yang tidak memperoleh sijil halal.- Siakapkeli.com.my

No comments