Tunku Ismail dilantik penasihat Presiden FAM

FAM_M (2)

Tunku Ismail sebelum ini terkenal dengan kelantangan baginda dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Tengku Abdullah bertitah pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu bertujuan untuk membantu FAM dalam memantapkan lagi keseluruhan pasukan senior dan junior kebangsaan.

Tunku Ismail ketika ditanya mengenai pelantikan tersebut, baginda bertitah akan memberikan cadangan serta perancangan terbaik ke arah mencapai visi dan misi FAM dalam mewujudkan satu pasukan kebangsaan yang kompetitif.
“Penekanan penting dalam displin pasukan, visi dan misi, sasaran pasukan kebangsaan dan juga usaha menaik taraf Liga Malaysia yang sangat penting dalam membantu menaikkan taraf skuad kebangsaan.
“Saya mahu melihat kemajuan pasukan kebangsaan dalam semua aspek, bukan sahaja kualiti liga, tetapi pencapaian pasukan kebangsaan kita. Tetapi saya tahu hasil bukan boleh dapat dalam setahun atau dua tahun, kalau kita mula melakukan perkara yang betul sekarang, dalam beberapa tahun akan datang kita akan dapat satu pencapaian,” titah Tunku Ismail.
Baginda bertitah demikian selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah di Hotel Royal Chulan.
Mesyuarat itu turut dihadiri ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee serta pegawai tertinggi FAM.
sumber: therakyatpost

No comments