Kemalangan Maut Treler Terbabas Rempuh empat kereta di Lebuhraya Utara Selatan

Dua orang maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan di kilometer 256 Lebuhraya PLUS menghala ke utara berdekatan Terowong Menora pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, sebuah treler dipercayai terbabas dan merempuh empat kenderaan jenis Perodua Myvi, Honda City dan Perodua Alza.
 Sebuah treler dipercayai terbabas dan merempuh empat kenderaan jenis Perodua Myvi, Honda City dan Perodua Alza.Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan yang berada di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang cedera parah manakala keseluruhan15 mangsa yang terlibat dalam kemalangan.
Menurutnya, dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat sementara seorang mangsa yang cedera parah menerima rawatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. 
“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebuah treler dipercayai terbabas dan merempuh empat kenderaan jenis Perodua Myvi, Honda City dan Perodua Alza.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, anggota dikerahkan untuk membantu membawa keluar mangsa yang dipercayai terperangkap dan membantu operasi menyelamat.
Jurucakap PLUS berkata, kemalangan tersebut mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan di tol Ipoh dan keluar ke tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.
Sehingga 5 petang ini, keadaan lalulintas di kawasan kemalangan masih perlahan ditambah dengan bilangan kenderaan yang banyak kerana pengguna pulang ke kampung pada musim perayaan ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan mengikut arahan yang diberikan pegawai yang bertugas di kawasan kemalangan.

No comments