Pegawai Majlis Agama Islam Melaka Maut Tersepit Di Celah Dinding
MELAKA 30 Nov. – Malang tidak berbau apabila seorang pembantu am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) maut akibat tersepit antara van dipandunya dengan dinding bangunan Kompleks MAIM, Bukit Palah di sini petang semalam.
Norazam Abd. Razak maut selepas tersepit antara van dan dinding bangunan Kompleks MAIM di Bukit Palah, Melaka, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Norazam Abd. Razak, 43, dari Kampung Sempang Pantai, Merlimau di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada.
Menurut jurucakap polis, sebelum kejadian, mangsa dikatakan hendak memasuki van jenis Ford Econovan itu yang sedang diletakkan di depan lobi utama bangunan berkenaan.
“Mangsa yang masih berdiri di bahagian pintu kenderaan itu kemudian telah menghidupkan enjin yang belum dikosongkan gearnya, lalu menyebabkan van itu bergerak ke hadapan.
“Van itu terlajak dan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri turut diheret sama ke hadapan hingga kenderaan itu berlanggar dan bergesel dengan dinding lobi bangunan tersebut,” jelas jurucakap polis itu.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada dan terus dibawa ke Hospital Melaka tidak jauh dari kompleks itu untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ya allah seramnya cara dia mati tu
ReplyDelete