Thailand memperkenalkan gambar-gambar menakutkan pada bungkusan rokok lebih awal berbanding Malaysia.

Thailand telah memperkenalkan gambar-gambar menakutkan pada bungkusan rokok lebih awal berbanding Malaysia.
Negara jiran itu turut mempunyai peraturan tersendiri dalam kempen menggalakkan rakyatnya supaya tidak merokok.
Antaranya, rokok tidak boleh dijual secara terbuka dan perlu disimpan dalam almari tertutup yang hanya dibuka apabila ada pembelinya.
Rancangan televisyen dan filem yang mengandungi adegan merokok juga perlu ditapis dengan diletakkan 'petak-petak' supaya bahagian rokok 'disembunyikan'.
Tidak berpuas hati dengan usaha yang ada, kerajaan Thailand kini 'menaik taraf' gambar-gambar menakutkan yang ada pada bungkusan rokok.
Selain 'gambar konservatif' seperti kaki dan mulut yang reput, kerajaan Thailand memperkenalkan gambar mayat pada bungkusan rokok dengan harapan dapat menakutkan perokok.
Ramai rakyat Thai menganggap ia merupakan langkah yang tepat, namun ada juga yang berpendapat ia tidak akan berkesan terhadap perokok tegar. - malaysiagazette

No comments