Polis Sahkan Murid Pra Sekolah Terjatuh dan Bukan Dicampak

Seremban - Adik Adam Zikir Faizul Khairy, 6 tahun yang telah dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya semalam bukan dicampak tetapi terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seremban Supritenden Muhamad Zaki Harun berkata panggilan mengenai kejadian telah diterima oleh polis kira-kira jam 2.55 petang dan menurut beliau lagi kejadian berlaku setelah sesi persekolahan tamat.

Menurut beliau, pihak polis telah mengambil keterangan tiga orang murid dan mereka memberitahu terdapat seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun telah mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.

Menurutnya lagi, mangsa berkemungkinan terjatuh kerana tidak seimbang ketika berada di atas koridor tersebut kerana permukaannya yang kecil.

Beliau juga berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar itu cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat.

"Dari keterangan yang diberi, kita lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku," katanya memetik laporan dari Bernama.

Selain itu, pihak polis juga telah menemu bual kanak-kanak autisme tersebut yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi. Hasil dari temubual tersebut mendapati kanak-kanak itu adalah seorang yang hiperaktif dan tidak tahu akibat dari perbuatannya.

"Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan," kata Muhammad Zaki.

Sementara itu, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital dan sudah boleh mula bercakap. Mangsa dilaporkan mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera di kepala. - Siakapkeli.com.my

No comments