Penduduk Kampung Di Jerteh Diserang Histeria
JERTEH: Dua kampung di dalam daerah ini semalam di gemparkan dengan kejadian histeria yang berlaku semula selepas mengganggu sekolah berhampiran iaitu sekolah kebangsaan Bukit Puteri minggu lalu yang sekarang berlarutan hingga ke kampung mereka.
Menurut kenyataan dari pengerusi Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) SK Bukit Puteri, Encik Ghazali Omar bahawa kejadian histeri telah terjadi 2 minggu lepas dimana 10 orang pelajar telah meracau secara tiba-tiba selama 3 hari.
"Pada hari pertama kira-kira 10 murid kebanyakan perempuan tahun 4 dan 5 histeria.Sebelum kejadian tersebut berlaku murid-murid mendakwa melihat lembaga hitam dalam kawasan sekolah.
"Pada hari kedua, kira-kira enam murid pula diserang histeria, manakala pada hari ketiga melibatkan murid lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat di SK Bukit Puteri anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah, malam kelmarin
Pihak sekolah telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan solat hajat, memanggil tokoh agama dan pengamal perubatan islam untuk memastikan kejadian ini tidak berulang.
walaubagaimanapun,sekarang kejadian tersebut telah berjangkit kepada orang kampung pula apabila ada orang kampung telah diserang histeria.Kampung yang terlibat adalah Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has.
“Saya tak berani nak sahkan sama ada apa yang berlaku di kampung tersebut ada kaitan dengan di sekolah kerana kejadian di kampung turut membabitkan orang dewasa,” katanya.
Ada penduduk mendakwa kejadian ini berpunca daripada sebuah rumah lama berhampiran sekolah yang di robohkan baru-baru ini.- Siakapkeli.com.my

Post a Comment