KPM KENALPASTI INTERNET DAN FILEM PUNCA KEJADIAN BULI

KUALA TERENGGANU: Pendedahan perkara negatif dalam internet serta filem boleh menjadi salah satu punca gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin.
"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi insiden buli ini, lebih-lebih lagi sekarang ini pelajar terdedah kepada banyak perkara negatif menerusi internet dan filem," katanya pada sidang media sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 di sini, hari ini.

Sufa'at mengulas mengenai penyebaran dua klip video kes buli yang membabitkan sekumpulan pelajar di dua sekolah di laman sosial baru-baru ini.
Polis mengenal pasti rakaman berkenaan berlaku di sebuah asrama di Pontian, Johor pada 2010 dan satu lagi di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis pada Jun lalu.
Menurut Sufa'at, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa memantau dan terus menjalankan pelbagai usaha secara berterusan bagi mengekang gejala berkenaan selain meminta ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam mengatasi perkara ini.
"Buli ini termasuk dalam masalah disiplin sekolah dan usaha mengekang masalah disiplin ini sememangnya usaha berterusan.

"Di sekolah-sekolah kita mempunyai guru-guru disiplin dan warden di asrama yang mana mereka juga menjalani program khusus untuk menangani perkara ini,"katanya.
Dalam majlis itu, program penganugerahan kali kesembilan itu disertai 176 pelajar dan guru dari seluruh negara bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar dan sekolah yang cemerlang di peringkat kebangsaan.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin.
- BERNAMA

No comments