Korea Cadang Sesi Sekolah Mula 9 Pagi Kerana Mampu Merangsang kreativiti dan prestasi akademik pelajar
SEOUL – Cadangan ketua pendidikan metropolitan Seoul , Cho Hee-yeon melambatkan waktu mula persekolahan di ibu negara Korea Selatan itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa, lapor akhbar berpengaruh Korea Times.
Ramai pihak termasuk parti-parti politik memberi reaksi bercampur-campur manakala golongan liberal dan pelajar menyambut baik rancangan bagi melewatkan jadual waktu bermula kelas pertama kepada pukul 9 pagi mulai penggal baharu awal Mac 2015.
“Saya setuju sebab kelas seawal 7.30 pagi pada masa sekarang adalah tidak wajar. Ramai murid kurang beri perhatian sama ada tidur atau sembang kosong,” kata pelajar perempuan, Kim Ji-eun, 14, sambil disokong rakannya, Kwon Yoon-ha, 18, kepada akhbar itu.
Hee-yeon pada sidang akhbar di pejabatnya baru-baru ini berkata, kelewatan 90 minit waktu mula persekolahan meliputi semua peringkat daripada rendah sehingga menengah tetapi cadangan itu akan ditarik balik jika majoriti membantah rancangan tersebut.
Tujuan kelewatan itu bagi beri peluang pelajar dapat tidur cukup pada sebelah malam dan menikmati sarapan pagi bersama keluarga, namun ada juga ibu bapa yang agak sibuk membantah idea itu kerana ia bermakna waktu tamat sekolah juga lewat 90 minit.
Program kelewatan waktu persekolahan sudah dilaksanakan di wilayah Gyeonggi pada 1 September lalu dan dapat pujian pengarah pendidikan wilayah itu, Lee Jae-jeong apabila ia beri kesan kepada tahap kesihatan dan mengurangkan tekanan pelajar.
Idea Hee-yeon jika berjaya di Seoul kemungkinan besar diikuti 13 daripada 17 wilayah lain dan alasan utama beliau berdasarkan kajian psikologi di Amerika Syarikat mendedahkan, program itu mampu merangsang kreativiti dan prestasi akademik pelajar selain menurunkan kadar kemalangan jalan raya apabila ibu bapa tidak lagi bergegas hantar anak ke sekolah. – Agensi

Post a Comment