JPJ SAMAN POLIS TRAFIK, POLIS BUAT LAPORAN JPJ HALANG TUGAS
Berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini.
Terbaru, seorang anggota polis trafik dikatakan telah menerima saman daripada seorang anggota JPJ kerana meletakkan motosikalnya di kawasan larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas.
Tidak puas hati dengan saman tersebut, anggota trafik tersebut dikatakan balik semula ke balai lalu buat laporan anggota JPJ tersebut mengganggu tugasnya sebagai penjawat awam!
Cerita ini tersebar selepas seorang anggota polis memuat naik status berkaitan kejadian ini di laman sosial Facebook.
Status tersebut berbunyi:
“Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning.
“Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.
“KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak harmoni.”
Jika benar insiden ini, diharapkan satu jalan dicapai supaya kedua-dua organisasi yang bertugas menguatkuasa undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat.
Tapi kalau betul masing-masing dah buat kesalahan melanggar undang-undang.. ya mereka pun harus disaman seperti kami rakyat biasa! - MYNEWSHUB.CC

Post a Comment