Ibu Cuba Bunuh Diri Dengan Bayi
Dalam kejadian jam 5.40 petang, wanita terbabit berusia 30-an dikatakan naik ke tingkat dua sebuah rumah kedai dipercayai ingin membunuh diri.
Difahamkan, wanita terbabit ke tempat kejadian bersama bayinya itu dengan menaiki sebuah kereta.
Seorang saksi Nadirah Tasnim Mohd Idris, 20, berkata ketika kejadian itu, dia berada di kedainya di Taman Keladi, di sini, dan kemudian terdengar laporan dari walkie talkie PPKM mengenai seorang wanita bersama bayi lelakinya berusia sembilan bulan mahu membunuh diri di atas sebuah tangga di tingkat dua kedai berkenaan.
Katanya, dia bersama suaminya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba orang ramai sudah berada di di situ dan cuba memujuk wanita terbabit yang ketika itu sedang mendukung bayinya di dalam kain.
“Ketika sampai saya lihat wanita terbabit berada di atas tangga sambil mendukung bayinya. Beberapa orang cuba memujuk kemudian anggota PPKM turut tiba di tempat kejadian untuk membantu operasi menyelamat.
“Melihat keadaan wanita terbabit yang luar kawalan serta kedudukan tangga besi setinggi kira-kira lima meter membuat orang ramai berhati-hati bagi mengelak wanita terbabit mengambil tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi terbabit.
“Ketika wanita terbabit sedang dipujuk orang ramai dan anggota bomba cuba memujuk, seorang lelaki berusia 20-an bertindak berani memanjat batang besi tangga terbabit,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu wanita terbabit sedang berada di hujung tangga dan leka menyebabkan lelaki terbabit kemudian memanjat dan terus menerpa ke arah wanita terbabit lalu memeluknya dari belakang.
“Selepas lelaki terbabit memeluk wanita terbabit saya terus menerpa ke arah wanita terbabit untuk menyelamatkan bayi itu.
“Keadaan bayi terbabit dalam keadaan lemah kerana ibunya membelitnya dengan kain agak kuat. Kami semua lega selepas wanita terbabit berjaya ditahan serta bayi lelaki itu diselamatkan,” katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit bersama bayi dibawa kereta peronda polis ke Balai Polis Kulim, di sini.

Post a Comment