BILA KETUA PENGARAH JPJ BERCAKAP TIDAK IKUT SKRIP

BILA KETUA PENGARAH BERCAKAP TIDAK GUNA SKRIP

Jauh sekali kematangan ketua pengarah JPJ yang ini berbanding dengan yang sebelumnya. Hari demi hari kita melihat kekalutan beliau dalam melontarkan hujah depan media. Setiap kali tersilap cakap, maka laman FB JPJ jadi punching bag. 

Berhempas pulas pulalah admin laman itu menjelaskan kekeliruan yang berlaku. Tidak keterlaluan kami katakan yang begitu ramai pegawai dan anggota JPJ yang merasa terhina dan malu dengan pelbagai kenyatan kurang akal oleh KP mereka. Kebencian rakyat yang memang sudah sedia bergolak jiwanya menjadi semakin meluap-luap. Akhirnya khilaf yang berulang-ulang itu dijadikan bahan tawa rakyat jelata. 

Tidak kurang yang menjadikannya isu politik dengan mengaitkan tindak tanduk kurang matang itu dengan usaha kerajaan untuk kononnya sengaja mengutip wang rakyat. Lebih parah lagi bila ia sampai ke peringkat ada yang meludah anggota JPJ yang ditimpa kemalangan tanpa belas kasihan sama sekali. Ungkapan paling lawak ialah apabila mengaitkan Nombor plate dengan kadar kemalangan maut tanpa menjelaskan rasionalnya sewaktu diwawancara. 

Lebih sadis apabila beliau dengan jelas menyatakan mahukan sejumlah kematian walaupun maksudnya baik iaitu mahukan kematian dikurangkan. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentak dengan kenyataan itu. 

UKURAN NOMBOR PLATE 

Isu ini telah dijadikan bahan lawak. Terlalu sedih melihat rintihan marhaen yang begitu naif, yang terkais-kais untuk menyara hidup yang serba mahal dan tertekan namun terbeban dengan saman yang tidak sepatutnya. 

Nombor plate yang dipasang oleh pihak proton juga disaman. Perhatikan beberapa gambar yang dikepilkan dan biar gambar berbicara. 
1. Adakah plate number motor 1Malaysia BCP 3731 yang menyebabkan kemalangan maut? atau helmet yang tidak ikut piawaian? atau ketiadaan lampu dan signal belakang? pada motosikal yang menggunakan plate sebesar gajah itu? 

2. Adakah plate number yang jadi penyebab kemalangan? atau pakaian seksi yang menyebabkan mata tertumpu penumpang motosikal itu ? Saiz huruf untuk kereta ditetapkan 70x40mm dan sais huruf untuk motosikal ialah 40x30mm. Secara logiknya, asalkan ia tidak lebih kecil dari saiz huruf yang ditetapkan pada motosikal sepatutnya ok. Jika tidak, baik tetapkan sahaja ukuran yang sama untuk motosikal dan kereta. Mengapa kami kata begitu? Kerana mata dan teropong yang sama juga yang akan digunakan untuk melihat kedua-dua nombor plate itu bukan? 

JARAK HURUF 

Telah ditetapkan 10 mm jarak antara nombor, juga 30mm antara nombor dan huruf bagi nombor plate kereta. Bagi plate motosikal pula sekitar separuh dari itu. Ia jadi masalah apabila huruf atau nombor yang condong atau nombor 1, 4 atau 7 contohnya. 

Secara otomatik ia nampak hodoh dan janggal jika dipasang mengikut jarak yang dipasang. Cuba lihat pada imej plate JPJ 11… Sekali lagi ingin kami tarik perhatian tentang beza sais dan jarak untuk plate kereta dan motosikal. Sudahlah huruf yang ditetapkan kecil, jarak antara huruf juga kecil. Bukankah mata yang sama juga yang akan melihat dan mengenalpasti plate nombor itu? 

Cuba perhatikan plate number kereta pemandu yang disaman itu (MBR 7074). Diberitakan pemandu ini tidak tahu menahu kerana plate itu tidak pernah diubah sejak kereta itu dibeli. Tidakkah itu menganiaya pemandu yang naif ini? 

CERMIN GELAP 

Sebelum ini ramai sahabat dari kalangan anggota PDRM yang kongsikan rungutan mereka yang tidak bersetuju dengan ketetapan JPJ tentang isu ini. 

Alhamdulillah semalam diberitakan Datuk Abdul Manaf Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod PDRM Bukit Aman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia. Malah PDRM tiada statistik yang menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap semasa melakukan jenayah. 

Majoriti anggota PDRM menampakkan kebimbangan dengan kejadian pecah kereta dan kecurian isi kereta yang berlaku terlalu banyak. Sebenarnya penjenayah ada banyak cara yang lebih nekad. 

Antaranya termasuk memalsukan nombor kenderaan. Sekalipun diharamkan cermin gelap, penjenayah yang ingin menggunakan kaedah itu akan tetap memasangnya kerana menganggap itu masalah kecil. Saman mereka boleh bayar. Bahkan mereka akan memecut lari dari pihak polis atau jpj apabila melakukan jenayah. 

Pihak polis sendiri kongsikan pengalaman mereka yang membawa kesimpulan bahawa pemasangan cermin gelap boleh mengurangkan kes jenayah, khususnya kes ragut dan pecah cermin kenderaan terhadap pemandu wanita. Suka kami rumuskan beberapa lagi kebaikan cermin gelap ini seperti berikut, 

1. Menyukarkan peragut dan perompak mengintai isi dalam kenderaan. Khasnya ketika ianya sedang dipandu, tambahan lagi oleh pemandu wanita. 

2. Memberikan sedikit keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika panas terik, khasnya bagi kenderaan lama yang aircondnya kurang sejuk. Ini amat penting khususnya bagi wanita dan bayi atau yang ada masalah kulit. 

3. Memudahkan para ibu dan kaum hawa untuk menyusukan anak, membuka atau membetulkan tudung/pakaian khasnya semasa dalam perjalanan dan di cuaca yang panas terik.. 

4. Mengurangkan kerosakan peralatan dalam kereta, terutama ketika parkir di bawah terik matahari. 

PENINDASAN YANG NYATA 

Jika mahu melaksanakan ketetapan itu dengan jumud, siap bawa pembaris untuk mengukur semua nombor plate kenderaan maka hampir semua kenderaan di Malaysia bakal kena saman, terutamanya kenderaan pegawai tinggi JPj itu sendiri. Siapa yang terbeban? Kemudian semua kenderaan akan terpaksa beli plate baru. Siapa yang kaya? Demikian juga isu cermin gelap. 

Sebentar menteri kata boleh. Bukankah kata-kata menteri yang tersiar di media rasmi itu jadi HUKUM? 

Namun apabila berurusan dengan Puspakom tiba-tiba tidak boleh dan diminta buka pula. Tidakkah itu satu pembaziran? Terkini kos untuk buat semua lesen memandu pula dinaikkan sekali ganda. 

Tidakkah itu membebankan rakyat bawahan yang tidak mampu? Tidakkah itu menyebabkan ramai yang akan memandu tanpa lesen? Tidakkah bebanan terhadap rakyat itu bakal mengundang banyak jenayah? Satu hal lagi ialah seringnya berubah syarat tukar hakmilik kenderaan yang tidak bijak dan menindas. Berapa banyak kenderaan yang dibeli ketika pemilik masih hidup, lengkap dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan gagal dipindah milik kerana pemilik asal telah mati. 

Akhirnya ia terpaksa dilupuskan. Ini banyak menyebabkan pembaziran khasnya pada pembeli miskin yang hanya mampu membeli kenderaan murah dan perlu masa untuk membiayai kos tukar milik. Begitu juga terhadap pengusaha kereta terpakai yang biasanya hanya menukar hakmilik selepas kenderaan terjual. 

Mengapa tidak dipermudahkan dengan pengesahan dokumen jualbeli atau dengan bantuan surat sumpah? Proses pengesahan kad pengenalan bagi urusan pindah milik juga amat dipersulit di mana kedua-dua pemilik terpaksa hadir ke JPJ sendiri untuk pengesahan kad pengenalan. Bagaimana halnya dengan pemilik yang uzur? 

Yang berada di luar negeri atau luar kawasan? Itu tidak termasuk kenderaan yang pemilik asalnya telah kembali ke tanah air. 

APA SEBENARNYA PUNCA KEMALANGAN? 

Banyak sekali kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Berapa banyak tanker, lori pasir, lori balak, lori hantu yang bermaharajalela di jalanraya? Berapa banyak yang sah dari segi perlesenan dan sempurna ciri keselamatannya? 

Berapa ramai pemandu kenderaan berat dari kalangan PATI? Berapa banyak jentera yang diubah suai untuk berlumba di jalanraya? 

Tidakkah banyak kemalangan berpunca dari aktiviti lumba haram atau habit memecut di jalanraya dengan kuasa injin yang diubahsuai? Berapa banyak kereta motor di Dataran Merdeka yang memekak menayangkan kuasa injin sampai keluar api menjulang dari ekzos? Di samping kondisi kenderaan, kemalangan juga banyak disebabkan oleh sikap dan gaya pemanduan yang liar, gopoh atau tidak berkemahiran. Masih ingat lagi kemalangan melibatkan kenderaan JPJ yang menyebabkan orang ramai marah sehingga ia dibakar? Berapa banyak pula lapuran awam yang ditangani mengenai kenderaan awam seperti bas yang dipandu dengan laju dan merbahaya? 

KESIMPULAN 

Sekalipun benar rakyat kita mundur dan kelas tiga, berhati-hatilah membuat kenyataan terbuka, jangan asyik melukakan hati rakyat. Jika mahu gubal undang-undang pula, biarlah ia berasas dan mencapai maksud yang dihajatkan. Jangan bermusim dan berbentuk flipflop. Hari ini begini, esok begitu dan terus menerus berbolak balik tidak menentu. 

Jika mahu kuatkuasakan undang-undang biarlah ianya adil dan saksama. Lihatlah keliling kita. Berapa banyak contoh kereta VIP yang bercermin gelap gelita dan tidak menepati ukuran plate number. Jika cermin gelap mereka ada permit atas apa alasan sekalipun, samada benar mahupun palsu, tetapi adakah pula permit khas untuk mereka tidak ikut ukuran plate number? mengapa boleh begitu??? Sebagai contoh, kenderaan bernombor ‘JPJ 11’ adalah milik peribadi golongan yang menggubal peraturan yang sedang hangat diperkatakan dan dengan angkuh menguatkuasakannya tanpa budi bicara. 

Namun kenderaan penggubal dan penguatkuasa itu sendiri tidak mematuhi aturan yang ditetapkan oleh penggunanya... Aneh bukan? Kekalutan ini berpunca dari khilaf Ketua Pengarah atau pembuat dasar yang kurang matang. Sebagai rakyat, mari kita saling menyeru agar tidak memusuhi setiap anggota JPJ secara peribadi. Janganlah sampai hilang sifat insaniah kita hingga ada kejadian seperti meludah anggota JPJ yang kemalangan. 

Ketahuilah bahawa kami juga pernah menerima infaq dari anggota JPJ yang prihatin. Wajarkah kita bersikap zalim terhadap insan prihatin seperti mereka, hanya semata-mata mereka anggota JPJ? Demikian juga dengan dendam dan kebencian yang sering kita zahirkan dengan wenangnya terhadap anggota PDRM. Ramai juga anggota polis dan bekas pegawai tinggi PDRM yang datang berinfaq kepada RPWP dengan penuh keprihatinan. 

Bahkan beberapa buah van lama kami juga dihadiahkan oleh PDRM, walaupun sampai hari ini masih belum dapat kami baiki lagi. Jika ada yang ambil rasuah tanpa kerelaan kita, lapur saja pada SPRM. Jika kita sendiri yang gatal-gatal menghulur rasuah kepada mereka, mari kita tuding jari kepada diri kita juga. Semuga sedikit perkongsian ini dapat memenuhi permintaan begitu ramai yang meminta perkongsian khusus dari kami. 

Anggaplah ini juga sebagai seruan dan rayuan ikhlas kami untuk didengar oleh pihak JPJ, PDRM dan juga pembaca amnya. - kezoom

WARGA PRIHATIN -

No comments