Indonesia Bom Tiga kapal milik nelayan Vietnam

ANAMBAS - Tiga kapal milik nelayan Vietnam dibom hari ini di perairan Indonesia kerana didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Kapal-kapal itu juga tidak memiliki dokumen rasmi menangkap ikan.

“Kapal-kapal itu telah melalui proses hukum di pengadilan sebelum dimusnahkan. Kapal-kapal itu terbukti bersalah,” kata Panglima Komando Armada RI Kawasan Barat Laksamana Muda (Laksda) TNI Widodo.

“Ini menunjukkan kami tegas dan komitmen melaksanakan arahan pemerintah (Jokowi) dalam menegakkan undang-undang di perairan negara kami," tegasnya.

Ketiga-tiga kapal yang diledakkan itu adalah  KG 90433. ATS 005, KG 94366 TS. ATS 006, dan KG 94266 TS. ATS 012. Sebelum kapal-kapal itu dibom, anak-anak kapal tersebut telah diselamatkan terlebih dahulu.

Lapor Detik News, 14 Disember nanti, Presiden Jokowi akan turun menyaksikan sendiri penenggelaman lima buah kapal lagi berasal dari Thailand yang ditangkap mencuri ikan di laut Indonesia.  - MY MEDIA HUB

No comments