Rahsia Tangisan Fynn Jamal Semasa Mendendangkan Lagu Arjuna Beta Semi Final AJL29

Anugerah Juara Lagu pada tahun ini dijangkakan mempunyai bisa yang luar biasa. Lihat sahaja barisan penyanyi tersohor dan komposer terkenal yang berentap bagi melayakkan diri memasuk final Anugerah Juara Lagu. Semuanya ternyata hebat-hebat belaka.

Dalam masa itu, semalam berlangsungnya pertandingan semi final rancangan Muzik-Muzik 29 untuk melayakkan diri berentap di pertandingan penuh berprestij dalam dunia hiburan.
Dalam kemeriahan pertandingan semalam, pastinya penonton mengingati persembahan penuh tangisan oleh Fynn Jamal hingga sesiapa sahaja yang mendengar seolah-olah turut sama merasai kesedihan kisah disebalik lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ini.

Meskipun ada sesetengah yang tidak memahami mengapa penyanyi ini boleh menangis sebegitu sekali ketika mendendangkan lagu tersebut tetapi entah bagaimana ramai yang mengaku turut sama mengalirkan air mata tatkala mendengar nyanyian penuh penghayatan seolah-olah menyelami hati penyanyi wanita ini.
1
Sebenarnya lagu bertajuk Arjuna Beta ini mengisahkan kasih sayang dan pesanan seorang ibu kepada anaknya.
3
Lebih mengejutkan lirik yang dicipta oleh penyanyi ini sendiri sebenarnya berkisar perihal untuk anaknya bernama Arjuna yang dikatakan sedang sakit suatu ketika dahulu menghidap penyakit jantung seawal usia 1 bulan.
3
Jika pernah anda ingat, sebenarnya kisah anak Fynn Jamal ini pernah menjadi viral kerana Fynn memohon dana RM35 000 bagi menyelamatkan nyawa kecil anaknya yang bakal melakukan pembedahan jantung berlubang.
Sesungguhnya nyanyian Fynn Jamal semalam telah meninggalkan kesan kepada semua orang yang mendengar.

Syabas Fynn Jamal! - MYNEWSHUB.CC

No comments