Misteri Kubur Lama Terbiar Dekat Kawasan Sekolah
KEDUDUKAN kubur yang terletak hanya kira-kira 80 meter dari bangunan SK Kayu Ara di Rembau, semalam.
REMBAU 19 Nov. – Empat kubur terbiar di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kayu Ara di sini menimbulkan persoalan dan kebimbangan dalam kalangan pihak sekolah tersebut.
Guru Besarnya, Yahya Mohamad berkata, lokasi kubur yang terletak kira-kira 80 meter dari bangunan sekolah itu sedikit sebanyak menganggu aktiviti murid-murid sekolah berkenaan terutamanya ketika pendidikan jasmani atau hari sukan sekolah berlangsung.
“Keluasan sekolah ini tidak besar, jadi jika ada aktiviti melibatkan murid terutama hari sukan sekolah kami akan menggunakan keseluruhan ruang padang bagi menampung acara sukan murid.
“Kedudukan kubur itu terlalu dekat dengan garisan permulaan acara larian dan lompat jauh, jadi ada segelintir murid menjadikan kubur tersebut sebagai tempat permainan mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Yahya, setakat ini tiada sebarang penghadang dibuat untuk memisahkan kubur berkenaan dari padang sekolah.
Katanya, kubur yang telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun itu dipercayai tiada waris malah penduduk setempat juga tidak mengetahui pewaris atau pemilik kubur berkenaan.
Jelas beliau, setakat ini tiada kejadian pelik berlaku sejak kewujudan kubur itu namun ia menjadi tumpuan murid-murid sekolah berkenaan yang bersikap ingin tahu.
“Pihak sekolah sentiasa berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan yang berlaku. Perkara ini di luar norma, walau bagaimanapun satu tindakan harus diambil untuk menyelesaikannya.
“Kita telah mengusulkan tentang permasalahan itu kepada pihak berwajib tetapi kos pengalihan keempat-empat kubur berkenaan menelan jumlah tinggi dan terbiar sepi tanpa sebarang tindakan ekoran tiada peruntukan,” katanya.- utusan

Post a Comment