Lelaki Terkejut Temui Ibu Bapa Angkat Mati Ditetak

SUNGAI PETANI, 25 Nov: Seorang pekerja kilang yang mahu melawat ibu bapa angkatnya ketika waktu makan tengah hari terkejut apabila menemui kedua-dua mereka ditikam sehingga mati hari ini.

Pekerja yang berusia 20 tahun itu telah ke rumah mangsa di Taman Budara, Kuala Ketil di sini pada jam 12 tengahhari hari ini.

Bekas pegawai Jabatan Kesihatan Zahari Yahya, 66, ditemui mati di ruang tamu manakala isterinya, jururawat bersara Salmah Hussein, 61, ditemui mati di dapur.

Kedua-duanya dipercayai telah dibunuh menggunakan senjata tajam setelah dipercayai disamun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi oleh media. - Siakapkeli.com.my

No comments