Isteri Mengandung dipukul Suami di Pejabat Kerana Tak Mahu Balik Jaga Anak

Seorang suami yang tidak berpuas hati kerana pasangannya enggan pulang ke rumah lebih awal bertindak meluru ke pejabat isteri sebelum memukulnya.

China Press melaporkan, suami tersebut yang tidak bekerja sebelum itu meminta isterinya yang sedang mengandung balik ke rumah bagi menjaga anak.

Isteri berumur 30 tahun itu bagaimanapun enggan menuruti permintaan suami kerana bimbang hilang punca pendapatan.

Tanpa disangkakan, suaminya yang dalam lingkungan 30-an itu tersinggung dan bertandang ke pejabat isterinya di Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Isteri yang terkejut dengan kehadiran suaminya di pejabat segera merayu supaya dirinya boleh meneruskan kerja memandangkan waktu bekerja belum tamat.

Namun suami yang tengah marah bukan sahaja enggan mendengar rayuan isteri malahan menariknya ke arah pejabat untuk menemui majikan supaya dia boleh balik ke rumah lebih awal.

Si suami turut menghina isteri dengan menyatakan bahawa keengganan menuruti kata suami adalah lebih teruk daripada haiwan.

Isteri tersebut turut dilaporkan terjatuh dan si suami menarik pasangannya.
Isteri yang mengalami kecederaan akhirnya ditemani rakan sepejabat untuk menerima rawatan di klinik berhampiran.

Dalam kes berlainan di Salak Selatan, Kuala Lumpur pula, seorang isteri muda berumur 24 tahun turut ditampar dan dicederakan suami.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu apabila isteri yang sedang mengemas rumah menemui folder klip video seks dalam laptop suaminya.

Apabila dibuka, isteri itu terkejut kerana ia memaparkan aksi seks suaminya dengan beberapa wanita lain dan dia segera meminta penjelasan daripada pasangan hidupnya.

Suami tersebut bagaimanapun memukul dan menampar isteri tersebut.

No comments