Indonesia Dikejutkan Dakwaan Lelaki Muncul Dari Zaman Masa Depan Tahun 2035
Kalau orang yang lahir pada tarikh 29 Februari sudah dikira ‘asing’, kami tidak pasti bagaimana mahu melabelkan lelaki ini dengan gelaran apa apabila dia sendiri mengakui bahawa dia lahir pada tanggal 21 Mei 2016.
Tidak, saya tidak melakukan sebarang typo. Ianya tahun 2016 !!
Seorang lelaki warga Indonesia bernama Putra Kandias telah mengejutkan seluruh negara tersebut dengan dakwaan beliau berasal daripada Masa Hadapan dan kembali ke tahun 2014 dengan menggunakan sebuah mesin masa khas daripada zamannya.
Ini merupakan petikan status Facebook beliau:
Selamat malam
Salam kenal untuk semuanya
Sebelumnya saya minta maaf kalau saya lancang memperkenalkan diri disini..
Nama saya Putra Kandias, saya berasal dari masa depan tepatnya dari tahun 2035, tujuan saya kembali ke tahun 2014 adalah dalam menjalankan sebuah misi, saya di suruh menginformasikan kepada kalian semua penduduk bumi di Tahun 2014 agar berhati-hati karena akan ada bencana besar yang melanda Indonesia di awal tahun 2015, bersiaplah saudara-saudara
Terima kasih,
Dan ada banyak lagi kenyataan daripada Putra Kandias ini yang anda boleh baca sendiri melalui screenshot di bawah:
Yang pertama, tahun 2035 nanti sudah ada mesin masa yang canggih. Heh
Masih lagi cerita mengenai mesin masa, tapi dengan lebih mendalam lagi.
Kenyataannya yang ini paling mengejutkan, iaitu beliau mengatakan beberapa kepulauan utama di Indonesia akan ditenggelami oleh air.
Putra Kandias juga tanpa segan silu kantoi kan bakal juara Liga Indonesia pada tahun ini. Dan turut kantoi, nama pemenang Ballon D’Or yang akan datang. Haha..
Selain mendedahkan mengenai dunia bola sepak kepada pengikut di fanpagenya, Putra Kandias juga tanpa teragak-agak memberikan amaran dan ingatan kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai bencana besar yang akan berlaku pada awal tahun 2015 nanti.
p/s: Buat para ibubapa, tolonglah awasi anak-anak anda dengan baik terutamanya semasa menonton filem-filem yang agak berat seperti “Interstellar”. Tak nak lah esok ada pula rakyat Malaysia yang mengaku lahir tahun 2020 pula dan kembali ke tahun 2014 atas nama misi masa depan. - thevocket

Post a Comment