Hasrat Rayyan Untuk Naik Kereta BMW Akhirnya Tercapai

Shah Alam:"Seronok sangat dapat naik kereta BMW. Suka kereta ni sebab laju," itu luahan Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu ketika dibawa berkonvoi oleh lebih 80 buah pemilik kereta mewah itu daripada persatuan Mthusiast&BMW E60.

Jelas terpancar wajah kegembiraan dan perasaan teruja kanak-kanak terbabit ketika masuk ke dalam kereta BMW sambil duduk diriba bapanya yang turut menyertai konvoi berkenaan.

Difahamkan, Rayyan bersama bapanya menanti ketibaan rombongan konvoi itu di hadapan rumahnya di Kampung Padang Jawa seawal jam 7.30 petang sebelum memulakan perjalanan pada jam 9 malam.
Menurut bapanya, dia terkejut dan tidak menyangka ramai yang prihatin untuk memenuhi hasrat anaknya apabila sanggup menawarkan untuk menaiki kereta BMW milik mereka.

"Apa yang saya harapkan anak saya (Rayyan) gembira apabila hasratnya untuk menaiki kereta berkenaan sejak kecil sudah tercapai. Saya hanya mahu melihat dia gembira apatah lagi memandangkan pada Ahad ini adalah sambutan hari lahirnya.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan misi konvoi untuk memenuhi impian anak saya," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sementara itu, Presiden persatuan Mthusiast&BMW E60, Mohd Nizam Ismail berkata pihaknya tersentuh untuk membantu memenuhi hasrat kanak-kanak malang itu selepas impian berkenaan dimuat naik di laman sosial dan menjadi viral.

"Kami mahu memberi suntikan semangat selain komited untuk menggembirakan Rayyan. Ini adalah masa sesuai untuk memenuhi impiannya dan kami berharap supaya dia cepat sembuh.

"Seramai lebih 80 buah kereta BMW akan sama-sama mengiringi konvoi membawa Rayyan bermula dari rumahnya di Kampung Padang Jawa ke Restoran KFCLebuhraya Persekutuan, Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur yang dijangka mengambil masa selama lebih 45 minit perjalanan.

"Kami turut mengutip dana dan memberi sumbangan untuk Rayyan sempena sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 24 November ini," katanya.

Turut hadir menyertai konvoi berkenaan adalah pelakon dan pelawak Tauke (Jambu) atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak mengidap kanser otot sejak setahun lalu berhasrat untuk menaiki kereta mewah BMW yang sudah menjadi impiannya sejak kecil.
Disebabkan kekangan hidup memandangkan bapanya hanya berkerja di sebuah kilang Shah Alam, tidak mampu melunaskan impian anak kecil itu. - hmetro

No comments