Gereja anjur solat untuk orang Islam di Washington
Gereja anjur solat untuk orang Islam di Washington. Biarlah kita dengar pandangan ahli agama tentang perkara tersebut selepas ini. Baca laporan berikut;
WASHINGTON DC – Gereja kebangsaan Washington telah menganjurkan majlis solat untuk orang Islam semalam dan ia merupakan yang pertama kali diadakan di negara Amerika Syarikat (AS) itu.
Pihak penganjur berkata, perhimpunan umat Islam di gereja itu untuk mengerjakan solat dilihat sebagai suatu tanda yang penuh simbolik.
Penganjur bagaimanapun berharap perjumpaan di gereja yang penuh bersejarah itu dapat menambah lebih pemahaman dan penerimaan terhadap agama Kristian dan Islam di seluruh dunia.
“Gereja Kebangsaan Washington dikenali sebagai suatu sumber rohani untuk negara kita, sebuah kementerian yang sangat diperlukan untuk semua orang tanpa mengira kepercayaan dan perspektif,”.
“Ianya juga merupakan tempat yang suci ketika menyambut perayaan, waktu krisis dan kesedihan. Banyak acara antara agama, perhimpunan dan majlis telah diadakan di sini”, kata Rizwan Jacka dari Persatuan Islam Amerika Utara.
Bagi Pengarah Liturgi Gereja Negara Washington, Gina Campbell berkata gereja berkenaan merupakan sebuah gereja negara sebagai tempat beribadat untuk semua orang.
“Selamat datang ke Gereja Kebangsaan Washington, sebuah gereja yang disokong oleh Episcopalians, dibantu oleh orang ramai dan disediakan oleh kongress untuk dijadikan sebuah gereja negara, tempat beribadat untuk semua orang”.
Mereka berkata idea untuk menganjurkan majlis itu datang selepas Gina bertemu dengan duta Afrika Selatan, Ebrahim Rasool ketika merancang untuk mengadakan majlis peringatan untuk Nelson Mandela. – abnxcess.com

Post a Comment