GAMBAR: KILANG ROTI BENGGALI TERKEMUKA DI PULAU PINANG PENUH DENGAN NAJIS TIKUS

Loya dan amat menjijikkkan!!
1
Itu gambaran tentang persekitaran sebuah kedai roti terkemuka yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Georgetown ketika diserbu oleh jabatan kesihatan negeri, semalam.
3
Hasil pemeriksaan mendapati persekitaran kilang pembuatan roti benggali itu boleh memualkan sesiapa sahaja yang melihat kerana dipenuhi najis tikus dan lipan.
Lebih memeranjatkan penemuan rambut dalam minyak yang digunakan untuk menguli doh jelas menunjukkan minyak tersebut telah tercemar.
2
Pemeriksaan yang dijalankan selama dua jam ini turut memperlihatkan dua troli dengan susunan doh diletakkan di sebelah tandas yang mana pintu tandas tersebut terbuka sedikit. Euuu!
Lebihan doh di lantai basah kilang tersebut juga dijumpai bersepah di lantai.
Selain itu pekerja-pekerja kilang roti tersebut dilihat hanya berseluar pendek dan berkuku panjang, menunjukkan mereka gagal mematuhi etika pakaian ditetapkan.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa di kilang tersebut tidak menjumpai tikus namun ia diarah tutup selama dua minggu. – MYNEWSHUB.CC

No comments