Bekas Menteri Bangladesh Serah Diri Kerana Menghina Ibadah Haji

Seorang bekas menteri yang cukup berpengaruh di Bangladesh, telah menyerah diri kepada polis selepas pelbagai kumpulan organisasi Islam mengadakan perhimpunan menuntut penangkapan bekas menteri yang mengkritik proses ibadah haji.
Abdul Latif Siddique menyerahkan diri sehari selepas sebuah kumpulan militan Islam memberikan kata dua agar kerajaan menangkap lelaki tersebut.
Perhimpunan merebak selepas Siddique, pada Minggu (23/11/2014), kembali ke kediamannya selepas lama tinggal di India dan AS di mana dia menyebut ibadah haji sebagai sebuah ritual yang membazir sumber manusia.
"Suspek menyerah kepada polis pada pukul 01.20 pagi dan kini dia sudah dibawa ke mahkamah," kata jurucakap polis metropolitan Dhaka Masudur Rahman.
Kenyataan Siddique mencetuskan tunjuk perasaan di negeri berpenduduk majoriti Muslim itu pada September lalu. Saat itu, kumpulan Islam radikal mendesak PM Sheikh Hasina untuk menangkap Siddique kerana "menyakiti hati umat Islam". Beberapa kumpulan bahkan menuntut Sidiqque dihukum mati.
PM Hasina kemudian memecat Siddique dari jawatannya sebagai menteri telekomunikasi ketika lelaki itu masih menjalankan tugasnya di Amerika Syarikat. Bukan setakat itu, mahkamah menerbitkan puluhan surat penangkapan untuk Siddique dengan dakwaan "menyakiti" umat Muslim.
Dalam sebuah kegiatan di New York, AS, Siddique mengatakan dirinya letih menghadapi ibadah haji dan Jamaah Tabligh, sebuah organisasi Islam non-politik.
"Dua juta orang pergi ke Arab Saudi untuk melakukan ibadah haji yang merupakan pembaziran sumber manusia. Mereka yang naik haji tak mempunyai produktiviti," ujar Siddique.
"Ibadah haji mengganggu ekonomi kerana mereka membelanjakan banyak wang di luar negeri," tambah Siddique yang sudah menunaikan ibadah haji pada 1988.
Pernyataan Siddique itu dirakam sebuah stesen televisyen yang kemudian disiarkan di Pakistan yang kemudian mencetuskan protes di seluruh negeri tersebut.

No comments