Tugas bawa balik CB204 paling mencabar Sepanjang Berkhidmat di TLDM, kata pegawai pemerintah
Namun beliau berkata pelayaran mengendalikan KD Ganas dan menunda bot itu selama lebih 21 jam merupakan kebanggaan yang tidak mudah dilupakannya.
"Kami mencari lokasi bot tempur CB204 dengan mengesan posisi longitud dan latitud dan seterusnya bergerak menuju koordinat itu. Alhamdulillah, kerjasama dari pusat operasi dan kapal yang ditugaskan berjaya mengesan isyarat dari CB204.
"Kami mencari posisi berkenaan dan menjumpai CB204," katanya kepada pemberita di Pangkalan TLDM, Sepanggar di Kota Kinabalu, hari ini.
Bot itu ditemui petang Isnin lepas setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah. Ia tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 12.50 tengah hari tadi.
Che Mohd Fakhrul Azizi berkata, keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak antara tiga hingga empat meter selain gangguan komunikasi perhubungan adalah antara cabaran yang menyukarkan operasi penundaan yang turut diiringi KD Lekiu.
"KD Ganas memang berada di kawasan operasi di perairan berdekatan pada hari kejadian dan kami bergegas ke sektor diarahkan untuk memulakan pencarian sejurus menerima arahan.
"Kami bergerak dengan kelajuan kuasa menunda pada enam knot. Setakat ini inilah pengalaman paling mencabar bagi saya sepanjang berkhidmat di TLDM," katanya yang berpengalaman hampir setahun mengendalikan aset TLDM sejak Disember tahun lepas.
Beliau bersyukur kerana usaha membawa semua kru bot itu dipermudahkan bukan saja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama 32 anggota KD Ganas.
Tujuh kru bot berkenaan ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Dua daripada mereka iaitu Charles Cristopher dan Steven Hudson yang mengalami masalah kesihatan diterbangkan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dengan pesawat Super Lynx kira-kira jam 6.13 petang semalam.
Charles dilaporkan mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven terkena renjatan elektrik dan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu. – Bernama

Post a Comment