Tiga Lelaki Ditahan, Polis Yakin Berjaya Selesaikan Kes Pembunuhan Guru di Kundasang

KOTA KINABALU - Polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang guru wanita baru-baru ini dengan penahanan tiga lelaki di Ranau dekat sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, tiga lelaki yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 28 tahun.
"Mereka ditangkap tengah malam tadi dan akan direman hari ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 10.35 pagi Jumaat lalu, seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) Kundasang.
Mangsa dikenali sebagai Masinah Samadi,50, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut oleh suaminya yang kebetulan baharu sahaja pulang daripada kerja. - KOSMO!

No comments