TERKINI: USTAZ AZHAR IDRUS TAK MAHU KOMEN GAMBAR DAN VIDEO YANG TERSEBAR

Kuala Terengganu: Ustaz Azhar Idrus (UAI) enggan mengulas berhubung isu penyebaran gambar dan video lucah yang dikaitkan dengannya di laman sosial.
UAI enggan menemui media yang menunggunya di Masjid Taqwa, di sini sejak jam 8 malam tadi.

Beliau cuba mengelak daripada berjumpa media dengan keluar dari pintu belakang masjid sebelum bergegas ke sebuah rumah salah seorang penduduk di kawasan Batu 6, di sini sebaik selesai menunaikan solat Isyak.
Bagaimanapun, rumah itu dikawal rapi oleh penyokongnya termasuk Unit Amal Pas Kawasan Batu 6 yang tidak membenarkan media masuk.
Malah, Unit Amal PAS kawasan Batu 6 turut meminta media beredar meninggalkan lokasi itu dan memaklumkan UAI enggan memberi sebarang komen. – METRO ONLINE

No comments