Reaksi Gembira TMJ Tendang Tiang Meniru Gaya Ibrahimovic Raikan Jaringan Gol

Tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menendang tiang bendera penjuru di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi hanyalah reaksi menyambut kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 3-1 ke atas Terengganu.

Video Reaksi TMJ

Kemenangan itu sekaligus melayakkan pasukan JDT ke separuh akhir Piala Malaysia untuk bertemu Felda United. Di laman blog ammboi.com, dikongsikan kenyataan baginda Tunku Ismail berkenaan kejadian berkenaan yang kini menjadi viral di internet.

Dalam satu perbualan baginda dan laman Facebook Johor Southern Tigers berkenaan insiden itu, pengurusan laman itu menerima pelbagai maklumbalas daripada penyokong JDT berkenaan insiden itu dan mereka memohon penjelasan dari baginda.

“Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini, saya menjawab saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. 

“Itulah yang saya lakukan dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau,” titah Tunku Ismail.

Aksi Ibrahimovic Menendang Tiang Penjuru Padang Meraikan Jaringan Gol 

Klaas Jan Huntelaars

Perbuatan baginda mengangkat tangan selepas menendang tiang berkenaan juga ditanya kepada baginda.

“Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar,” titah baginda kepada laman Facebook berkenaan.

Kenyataan TMJ Setelah Menang Semalam

Di bawah ialah kenyataan Tunku Ismail yang begitu gembira dengan kemenangan ke atas Terengganu malam tadi selepas ditanya apakah perasaan baginda berkenaan kejayaan itu.

“Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa) 

“Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya. Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif. 

“Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. 

Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar. 

“Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian. Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa. 

“Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya – Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? 

“Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang. Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang. Seperti yang selalu saya katakan… setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari,” titah baginda. 

Perlawanan separuh akhir pertama antara JDT dan Felda United akan berlangsung pada Ahad ini dan perlawanan separuh akhir kedua pada 25 Oktober ini. – MYNEWSHUB

No comments