PINTU MASUK BERJAYA DIREMPUH PENYOKONG ANWAR

KUALA LUMPUR – Walaupun dilarang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong beliau merempuh masuk ke dalam kawasan Universiti Malaya (UM) mengikut pintu Pantai Dalam, malam ini.
Rempuhan dilakukan pukul 9.30 malam yakni beberapa minit selepas Anwar tiba dan tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.
rempuh
Turut sama adalah isteri beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Selepas merempuh masuk, beliau dan penyokong berarak ke Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) sebelum menyampaikan ceramah politik.
Kawasan sekitar dataran gelap dan hanya diterangi dengan lampu kereta.
UM siang tadi mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar akan dianggap sebagai penceroboh jika tetap memasuki kawasan kampus itu walaupun setelah dilarang.
Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM, Zarina Zainol Abidin berkata, UM didirikan di atas lot tanah persendirian dan merujuk kepada Seksyen 89 Kanun Tanah Negara 1965, UM merupakan pemilik berdaftar berdasarkan nama pemilik mutlak seperti yang tercatat di dalam dokumen geran tanah bagi maksud kesemua tanah di dalam kawasan UM.
Pihak UM menganggap program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara yang menjadi punca rempuhan sebagai perhimpunan haram kerana pihak universiti tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk menganjurkan sebarang program seumpama itu malam ini.-MYNEWSHUB

No comments