Penganjur Tunjuk Bukti Program I Want To Touch A Dog Dapat Kelulusan MAIS

Program "I Want To Touch A Dog" atau IWTTAD telah mencetus kontroversi di negara ini selepas pengajurannya mendapat tentangan hebat daripada orang awam. Menurut salah seorang penganjur program berkenaan, program tersebut telah mendapat kelulusan daripada MAIS tetapi Mufti Negeri Selangor telah menafikan pihak MAIS telah memberikan kelulusan tersebut.

Menurut Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pihak MAIS tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran bagi program tersebut tetapi kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) yag mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran penggunaan padang awam.

Bagaimanapun, kini satu surat yang didakwa merupakan surat kebanaran oleh JAIS telah tersebar di media sosial. Gambar surat itu dimuat naik oleh Syed Azmi sendiri yang mengatakan mereka telah mendapat kebenaran untuk mengajurkan program itu dan perlu mencari ulamak pula.

Surat yang bertarikh pada 9 Oktober itu ditandatangani oleh pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berserta dengan cop rasminya. Di dalam surat tersebut juga ada ditulis "Pengajur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya'. - SiakapKeli.com

No comments