Maut disambar Petir Ketika Berjoging di Tasik Titiwangsa

Seorang lelaki meninggal dunia petang tadi selepas dipanah petir di Taman Tasik Titiwangsa ketika sedang berjoging. 

 Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Supritendan Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 52 tahun itu yang tinggal di Jalan Semarak dikatakan biasa beriadah di taman berkenaan setiap hari. Mangsa dikatakan tetap berjoging biarpun hujan turun di kawasan itu petang tadi. 

“Pada pukul 6.30 petang, sebatang pokok kelapa disambar petir termasuk mangsa, dia mati di tempat kejadian,” kata Asmadi, memetik laporan laman web The Star Online. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani proses bedah siasat. 

Malaysia merekodkan bilangan kes kedua tertinggi di dunia berkenaan ribut petir, menurut Institut Keselamatan Petir Kebangsaan Amerika Syarikat (NSLI) dalam laporan pada 2010. Pengerusi NSLI Richard Kithil Jr berkata Malaysia mencatatkan rekod hampir sekali ganda jumlah kes petir di Amerika Syarikat iaitu di Florida. Di sana, purata petir berlaku direkodkan kira-kira 90 kes sehari. – MYNEWSHUB

No comments