KEADAAN TEGANG DI PINTU MASUK UM ORANG RAMAI DIHALANG MASUK
Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.
Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar. Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.
Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).
Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti.
Berita lanjut menyusul..- SiakapKeli.com
UPDATE
9.30 pm : Anwar tiba di pintu pagar UM ditemani oleh isterinya
9.28 pm: Pelajar berarak ke arah dewan UM untuk menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.
9.20 pm: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh.
9:07 pm: Dilaporkan kira-kira 700 dilaporkan berada di perkarangan UM sekarang.

Post a Comment