KALAU BERANI PECATLAH SAYA - PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (UM)

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata ancaman penjara tidak mempengaruhinya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyedarkan rakyar Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. – Gambar ihsan, 26 Oktober, 2014.

Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.
Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya.
"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.
"Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."
Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah. – 26 Oktober, 2014.- themalaysianinsider

No comments