IBU KEPADA BAYI MAUT DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK TERKEJUT LIHAT BAYINYA DIKERUMUNI SEMUT

Putrajaya: Saya dapati bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya,” kata Muhamad Zamri Anuar, 35, bapa kepada Nur Imna Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, Muhamad Zamri bersama isteri Nafisah Ahmad Jauhar pergi ke pusat asuhan yang terletak di sebelah blok kuarters kediamannya bagi mengambil anaknya itu.
Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.
Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi.
Saya ada tanya pengasuh di pusat asuhan itu mengenai apa yang berlaku namun tiada jawapan sebaliknya mereka juga terkejut dengan kejadian menimpa anak kami,” katanya.
Saya kemudian bergegas membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pemeriksaan lanjut mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, arwah berada dalam keadaan sihat ketika di hantar ke pusat asuhan berkenaan pagi kelmarin dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

No comments