Harga Ayam Tetap Naik Sempena Aidil Adha Ini - Peniaga

"Turun harga tak mungkin sebab harga petrol dan diesel dah naik 20 sen seliter. Kalau bawa ayam naik basikal, bolehlah peniaga turunkan harga.

"Kami terpaksa ikut harga yang diterima daripada pembekal. Kalau pembekal naikkan harga 30 sen, kami terpaksa jual lebih 30 sen jugalah,” kata peniaga ayam daging segar dari Hulu Langat, Azhari Karim ketika dihubungiMalaysiaGazette petang tadi.

Katanya, harga siling untuk ayam daging segar adalah RM7 satu kilo yang telah ditetapkan oleh kerajaan tetapi peniaga tidak boleh ikut harga tersebut.

"Memang harga yang ditetapkan RM7 satu kilo tetapi kalau kami terima lebih tinggi daripada harga itu, mana boleh kami jual ikut harga yang ditetapkan.

"Kena pula sekarang harga minyak pun dah naik, saya yakin harga ayam yang akan dijual oleh pembekal akan naik juga tetapi tak tahu lagi berapa kenaikannya," ujarnya.
Menurut Azhari, pengguna tidak boleh menyalahkan peniaga jika harga yang dijual pada Aidiladha Ahad ini mungkin lebih tinggi daripada biasa.

"Kita bukan suka-suka nak jual mahal sebab nak untung lebih tetapi pembeli kena faham keadaan semasa yang memaksa kami naikkan harga sebanyak 20 sen atau 30 sen.
"Saya rasa, kenaikan harga ayam akan berlaku di semua tempat di negara ini sebab kebanyakannya dihantar oleh pembekal menggunakan lori yang pasti akan menggunakan petrol atau diesel.

“Faham-faham sajalah kalau pembekal naikkan harga sebab dia ada alasan untuk berbuat demikian," katanya.- MALAYSIAGAZETTE

No comments