Abang Ipar Pelajar Maut Jatuh Siling Mahu Keadilan Dakwa Sering Di Buli,
“Saya tidak percaya kejadian ini tiada unsur buli kerana tidak munasabah jika dia hanya memanjat siling tanpa tujuan.
Saya berharap arwah menerima keadilan yang sewajarnya.
Dakwa Sering Di Buli, Abang Ipar Pelajar Maut Jatuh Siling Mahu Keadilan
"Kami mahukan keadilan dan percaya arwah dibuli kerana arwah pernah menceritakan beberapa kejadian buli yang menimpanya kepada saya,” kata Zally Ismandy Ismail, 30, abang ipar kepada Muhammad Hakimi Zulkifli, 15, yang maut selepas terjatuh dari siling dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Kangar, kelmarin.
Katanya, dia kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menafikan kejadian buli menimpa arwah kerana mangsa pernah diperas wang oleh pelajar di sekolah terbabit. “Bukan sekali, malah pernah beberapa kali sejak tahun lalu dia mengadu sering dibuli rakannya termasuk ditarik baju dan dilondeh seluar oleh rakan yang tidak bertanggungjawab.
“Malah, sesiapa yang waras juga mungkin mempersoalkan tindakan mangsa naik ke atas siling tanpa tujuan melainkan ada perkara lain cuba disembunyikan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Behor Lateh, di sini, semalam.
Zally Ismandy berkata, adik iparnya yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersamanya dan isteri, Norliana Zulkifli, 28, sejak 2010 selepas kematian ibunya ketika mangsa berusia lapan tahun.
“Arwah seorang yang lurus dan lembut kerana tidak pernah menimbulkan masalah di sekolah selain dikenali sebagai pelajar yang ringan tulang kerana sering membantu guru dan rakan sekolahnya.
Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah “Sehari sebelum kejadian itu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia ada beritahu saya akan hadir pada program bacaan Yassin, hari ini (semalam), di sekolahnya sempena Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan sekolah supaya datang ke sekolah berkenaan bagi membuat pengecaman.
Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah
“Saya tidak mengesyaki apa-apa sebelum menerima panggilan daripada sekolah pada hari kejadian supaya hadir ke sekolah bagi membuat pengecaman.
Selepas datang ke sekolah, saya mengecam muka jenazah selain melihat bekas pensel kain yang digunakannya diletakkan bersama dalam beg mayat.-kezoom

Dah ajal.... Redha.
ReplyDeleteRedha dengan sesuatu takdir dan menuntut hak dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza dan tiada kena mengena...Jika seseorang mati di bunuh dan keluarganya redha...adakah bermakna sipenjenayah tidak perlu diadili...
ReplyDeleteMenuntut keadilan tak.bererti kita tak redha....
ReplyDelete