14 Murid Sekolah di Gelang patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD

Seramai 14 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar (SKKSAB) di Tanjung Kupang, Gelang Patah, di sini, disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada 8 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, pemeriksaan mendapati mereka yang menghidap penyakit itu berusia antara tujuh dan 10 tahun.

Menurutnya, mereka didapati mempunyai ulser di mulut, tangan, kaki dan dalam mulut selain ruam di tangan dan kaki. "Sebuah pusat perubatan juga memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri bahawa mereka merujuk beberapa kes memiliki simptom HFMD ke Klinik Kesihatan Gelang Patah pada 7 Oktober lalu.

"Sehubungan itu, arahan sudah dikeluarkan kepada pihak sekolah terbabit yang mempunyai 376 murid supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan penyakit berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Khairi Yakub berkata, penyakit HFMD tidak berbahaya sekiranya dikesan awal.

"Kami menasihati ibu bapa supaya membawa anak masing-masing berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom berkenaan," katanya. Katanya, HFMD yang dikesan itu adalah penyakit berjangkit sederhana yang merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang sudah dijangkiti kuman. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Md Jais Sarday berkata, lima lagi murid yang tidak hadir ke sekolah, kelmarin turut disyaki mempunyai simptom penyakit berkenaan. Katanya, sekolah berkenaan hanya akan ditutup sementara sekiranya ada arahan untuk berbuat demikian daripada Jabatan Kesihatan Johor. 

"Buat masa ini, sekolah berkenaan beroperasi seperti biasa dan hanya akan ditutup sekiranya ada keperluan berbuat demikian atas nasihat Jabatan Kesihatan. "Kami masih bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memantau keadaan murid di sekolah berkenaan," katanya. - mymetro

No comments