UPSR: PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH LPM TIDAK PERNAH DIGANTUNG TUGAS
"Sebaliknya mereka diberikan tugas lain yang tidak berkaitan dengan Lembaga Peperiksaan. "Ia bukanlah satu hukuman. Mereka tidak dihukum," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kedua-dua mereka digantung tugas serta-merta pada 12 September apabila berlakunya kes kebocoran kertas soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini. Penggantungan tugas mereka bagi membolehkan satu jawatankuasa bebas menjalankan siasatannya.
Sehubungan itu, beberapa siri tangkapan dilakukan oleh pihak polis setelah menerima laporan mengenainya. Menurut Madinah, pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan guru yang terlibat dalam kes ini. Mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dan jika didakwa di mahkamah, mereka akan digantung buat sementara waktu daripada perkhidmatan dengan gaji dikurangkan sebanyak 50%.
"Jika sabit kesalahan dan dihukum, kami akan meneruskan dengan proses tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)," katanya kepada pemberita di Putrajaya. Kementerian menetapkan 30 September untuk pelajar UPSR menduduki semula peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Sehingga hari ini, 22 orang sudah dipanggil untuk memberikan kenyataan mereka, termasuk enam pegawai LPM, 13 orang guru, seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.
SUMBER -anns1.blogspot.com/ themalaysianinsider.com

Post a Comment