UPSR: DUA LAPORAN POLIS DAKWA KERTAS MATEMATIK DAN BAHASA TAMIL PULA BOCOR.
Dua lagi laporan polis dibuat semalam berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata polis Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis KL, Datuk Tajuddin Md Isa berkata kali ini ia melibatkan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Beliau mengesahkan laporan tersebut dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan, badan di bawah Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menguruskan peperiksaan awam.
Menurutnya, laporan itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang mengendalikan kes UPSR bocor bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.
Seramai 473,175 murid Tahun 6 menduduki UPSR di seluruh negara tahun ini. Mengikut jadual asal, ia berlangsung dari 9 hingga 11 September.
Disebabkan kebocoran itu, mereka dijadualkan menduduki semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September.
Polis memeriksa peti besi menyimpan kertas peperiksaan itu minggu lepas sebagai sebahagian proses penyiasatan.
Dilaporkan sebelum ini terdapat 382 peti besi itu di seluruh negara, dan hanya beberapa sekolah memiliki peti besi itu, termasuk sekurang-kurangnya empat di Kuala Lumpur.
Susulan kebocoran kertas Bahasa Inggeris dan Sains, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terlibat.
Bernama melaporkan pada 12 September yang Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, mengumumkan penggantungan Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan timbalan pengarah (operasi) Dr Wan Ilias Wan Salleh berkuatkuasa serta merta.
Bagaimanapun semalam Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata mereka tidak digantung tetapi diberi tugas lain yang tidak berkaitan Lembaga Peperiksaan.
Polis setakat ini merekodkan kenyataan daripada 30 individu bagi membantu penyiasatan, termasuk 8 pegawai Lembaga Peperiksaan, 19 guru, seorang pegawai kementerian, seorang jurutera dan seorang wartawan.
Seramai 14 ditangkap di Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan sejak minggu lepas, 11 daripadanya dibebaskan dengan ikat jamin sementara 3 masih dalam tahanan polis.
Polis menyiasat kes itu mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. – 21 September, 2014. - themalaysianinsider

Post a Comment